Friday, March 5, 2010

Kawasan Perkelahan Sekitar Kuantan dan Maran

Gambar-gambar di bawah adalah beberapa kawasan perkelahan yang terdapat di sekitar Kuantan dan Maran. Ada beberapa lagi tempat yang tidak dapat dimasuki dengan kenderaan biasa seperti Air Terjun Berkelah, Jerangkang dan Mentagan.

Keadaan cuaca yang panas dan tidak hujan sejak 2 bulan lepas menyebabkan air terjun pun kurang air dan cetek juga berlumpur. Namun pihak pengurusan atau yang bertanggungjawab sepatutnya menjaga dan menyelenggara kawasan ini dengan baik bagi memudahkan pengunjung yang datang ke situ. Kebanyakan kemudahan tempat perkelahan tersebut sudah rosak atau tidak berfungsi lagi seperti tandas, surau dan jalan.

Cuma Air Terjun Sg Pandan yang nampaknya dijaga dan diselenggara dengan baik, mungkin sebab pengurusannya diswastakan. Diharapkan tempat-tempat lain pun seperti itu jugalah. Kita pun sekali-sekala ingin bawa keluarga dan anak-anak berkelah dan mandi-manda. Negeri Pahang sememangnya terkenal dengan keindahan alam sekitar dan hutan, jadi peliharalah ia supaya memberi manfaat kepada kita dan generasi akan datang.

2 comments:

Anuar Abdul Aziz said...

pahang byk tempat catik menarik..tapi semuanya tak dipelihara dgn baik terutamanya keudahan awamnya...sedih laa

Atohuro Trading said...

mana toknye..pekerja yg dipertanggungjwb asik ngulor je...hrp tabiat org kita je mmg payoh nok beruboh jd pencinta alam sekithor...