Thursday, January 28, 2010

Kad Kahwin



Beberapa design kad kahwin kenalan yang sempat dibuat. Ada beberapa kad lagi dalam pembikinan untuk kenduri dalam tahun ni.




Wednesday, January 27, 2010

.....bicara alam




Mengambil gambar alam ini amat menyeronokkan. Menyaksikan kebesaran ciptaan Allah memberikan keinsafan betapa kerdilnya kita di muka bumi ini. Maha Kuasa Pencipta alam semesta.

Monday, January 18, 2010

Talk by Tg Tan Sri Mahaleel


15.01.2010, jam 10:30 pagi bertolak ke KL untuk shot gambar bekas CEO Proton dan bekas Pengerusi Lembaga Pengarah UMP. Sampai kat depan Tein Wah Press pukul 1:15, nasib baik masjid kat depan kilang ni jer. Sempatlah sembahyang jumaat. Temujanji jam 3:00 petang. Selesai sembahyang, relaks kejap, pastu terus ke kilang TWP. Tepat jam 3:00 TTS Mahaleel dah tercegat depat opis dia. Memang menepati masa. Bermulalah temu bual oleh Azlee dan Farouk, sambil tu kami 2 orang shot seberapa banyak gambar. Seronok juga sekali sekala dengar bekas CEO ni bercakap dan dia sememangnya jenis kuat gelak. Tak sangka juga bekas CEO syarikat automotif negara jadi LPU syarikat press. Banyak yang dibualkan perniagaan, pentadbiran, negara, politik dan macam-macam lagi. Beliau seorang yang tidak kedekut ilmu. Jam 4:00 petang kami selesai dan bertolak balik ke Kuantan.

Monday, January 4, 2010

Kahwin 1



Ini antara koleksi gambar perkahwinan yang kawan ambik. Seingatnya dah lebih 20 majlis dah.... Part time + minat + cari duit. Kawan taklah beria sangat, kadang-kadang jer. Penat ambil gambar kawin ni...... nak shot, edit, print, susun gambar.....uhh letih. Ada orang minta kawan ambik, tengok masa dan keadaan.

Kancil 4x4

UMP Pekan 3.1.2010

Puas mencari beberapa lokasi yang menarik, akhir dapatlah shoot beberapa gambar. Hari pun mendung dan nak hujan. Nak tak nak kena ambil jugak sebab nak guna gambar untuk penerbitan. Dengan sedikit touch-up guna photoshop beginilah hasilnya.