Wednesday, February 24, 2010

Custom Album







Custom Album pertama yang berjaya saya hasilkan.


Musim Udang Galah




Sekarang ini merupakan musim memancing udang galah di Sungai Pahang. Cuaca panas dan hujan yang kurang menyebabkan sungai mulai surut dan udang-udang galah ini mencari tempat yang sesuai seperti sepanjang Sungai Pahang di Pekan.

Minggu lepas adik saya pegi mancing atas sangkar ikan ternak, senang-senang ajer dapat 3 kilo udang galah. Minggu ni pun dia planning nak pegi lagi, ingatkan nak join skali tapi tak taulah boleh tak. Gian jugak tengok udang besor-besor.

Sebelum ni saya menjala di paya pun dapat jugak udang galah tu. Tu pun lepas banjir, ada udang sesat masuk paya. Tapi sekarang ni kalau kat Pekan memang sibuk sangatlah pasal udang galah ni. Merata-rata tepi sungai, kat jambatan ada orang mancing.

Tapi ada jugak yang tak seronoknya. Bila ada udang ada juga sang bedal, dah ada orang yang jumpa 2 3 ekor dah, tu yang takut sikit tu. Tapi memang orang cakap kalau ada udang mesti ada sang bedal tu. Suhu air yang udang suka tinggal sama juga ngan sang bedal tu. Kena hati-hatilah walaupun sang bedal Sungai Pahang ni tak pernah baham orang.

Oklah... Jom Pi Mancing...

Tuesday, February 23, 2010

Bersuara jua.....



Entahlah mengapa begitu berat untuk bersuara. Mungkin jua tekanan kerja yang sebegini memaksa mulut membisu ajer. Otak hanya memikirkan pasal kerja. Pasal gambar, pasal design, pasal warna, pasal masa, berputar-putar mencari idea. Otak kanan bekerja keras seharian.

Seharian memerah otak memang letih, terkadang buntu, kejap melayan muzik yang sentimental. Dari pagi yang fresh hinggalah petang yang semakin bosan. Di waktu rehat ini sempat jua jari dan akal menzahirkan kata-kata yang boleh kita kongsikan bersama.

Aku pun tak tahu bagaimana blog ini membantu aku atau membebankan aku. Namun di hati ada kepuasan. Dapat mencari ramai kawan dan berkongsi ilmu itu sasaran awal. Aku mempunyai perancangan seterusnya tapi buat masa ini begini ajerlah. Dengan masa yang terhad dan tanggungjawab yang harus diselesaikan, syukurlah blog ini boleh terus diupdate dan hidup.

Seharusnya kita terus gagah hingga ke akhirnya......

Rolls Royce




Rolls Royce Car

Monday, February 22, 2010

Penjenamaan & Imej






Jarinakal membuat perubahan imej & penjenamaan bagi tahun 2010 ini.


Majlis di Pekan





Majlis Berkhatan Beramai-ramai Parlimen Pekan.

Majlis di Raub





Bertugas untuk satu majlis askar wataniah di Raub.


Link untuk rujukan designer

Dibawah beberapa link yang boleh dijadikan rujukan pada designer, ilmu yang baik kita sama-sama kongsikan. Nanti kalau ada lagi, saya updatekan lagi.

http://www.webdesignerdepot.com/categories/
http://www.vectorportal.com/
http://www.youthedesigner.com/
http://www.downloadfreefonts.com/
http://pshero.com/
http://colorschemedesigner.com/
http://www.allgraphicdesign.com/templateslayouts/
http://qvectors.com/
http://www.brandsoftheworld.com/
http://www.noupe.com/

Friday, February 12, 2010

Kempen Keselamatan




Keselamatan Tanggungjawab Kita Bersama. Jangan fikirkan hanya diri sendiri sahaja bila di jalanraya.


Gong Xi Fa Chai....


Selamat Tahun Baru Cina buat semua......

Thursday, February 11, 2010

CREATE 2009


Lega.....KPI 2009 tercapai, 5 keluaran berjaya dihasilkan.

Thursday, February 4, 2010

Hari ini.....esok....dan seterusnya....

Setiap hari melalui perkara yang sama. Bangun pagi.... 6:15 pagi pergi kerja....lalu jalan yang sama 50km pegi dan 50km balik..... sampai pejabat yang sama..... buat keje yang sama.........tiap-tiap hari...fuhh. Inilah kehidupan, kalau dipanjangkan umur sampai pencenlah. Namun setiap hari yang kita lalui mesti ada sesuatu yang menarik untuk dilakukan atau paling kurang menarik untuk difikirkan, cukup....agar kita tak bosan. Apa-apa sajalah......

Otak orang keje seni ni memang dah terpaksa memikir setiap hari untuk cari idea, tak boleh berhenti.....lihat sana, lihat sini, pikir itu, pikir ini, kena selalu membiasakan diri dengan idea2 yang spontan....melihat diluar lingkungan atau pemikiran. Namun hasilnya kadang2 belum tentu diterima orang atau memuaskan. Begitulah jiwa seni.........hanya orang2 tertentu yang mengerti..

Macam sedara kita Deej ok-je cakap, ingat cuti2 ni boleh pegi jalan2 dengan keluarga, tapi keje2 sentiasa mengekori......kena siapkan buletin CREATE tu..... kat pejabat tak sempat....kadang2 ada gangguan, tengah syok buat ada pula menda lain nak siapkan. Kat rumah pun cubalah siapkan walaupun ada jugak gangguan..... yang penting semuanya siap...letih tu nak siapkan dalam 30-4o pages....fuhh pening2 perah otak.

Beginilah....hari ini...esok.....dan seterusnya.....

Wednesday, February 3, 2010

Amanat DJ

ermm.... Amanat dari DJ......sedara kita





Family Day UMP 2010

Tuesday, February 2, 2010

Kemalangan di UMP 1.2.2010












































































































Kemalangan yang berlaku pada pukul 3:00 petang dihadapan KK4. Motorsikal yang ditunggangi dua orang pelajar dirempuhi sebuah teksi. Kedua-dua orang pelajar mengalami kecederaan yang agak serius manakala pemandu teksi tidak mengalami sebarang kecederaan. Seharusnya semua pihak harus berhati-hati ketika dijalanraya. Patuhi had laju dan peraturan jalanraya.

Monday, February 1, 2010

Kad Kahwin 2010


Kad kahwin terbaru yang saya design. Tahun ni ramai yang suka konsep warna purple.