Monday, January 18, 2010

Talk by Tg Tan Sri Mahaleel


15.01.2010, jam 10:30 pagi bertolak ke KL untuk shot gambar bekas CEO Proton dan bekas Pengerusi Lembaga Pengarah UMP. Sampai kat depan Tein Wah Press pukul 1:15, nasib baik masjid kat depan kilang ni jer. Sempatlah sembahyang jumaat. Temujanji jam 3:00 petang. Selesai sembahyang, relaks kejap, pastu terus ke kilang TWP. Tepat jam 3:00 TTS Mahaleel dah tercegat depat opis dia. Memang menepati masa. Bermulalah temu bual oleh Azlee dan Farouk, sambil tu kami 2 orang shot seberapa banyak gambar. Seronok juga sekali sekala dengar bekas CEO ni bercakap dan dia sememangnya jenis kuat gelak. Tak sangka juga bekas CEO syarikat automotif negara jadi LPU syarikat press. Banyak yang dibualkan perniagaan, pentadbiran, negara, politik dan macam-macam lagi. Beliau seorang yang tidak kedekut ilmu. Jam 4:00 petang kami selesai dan bertolak balik ke Kuantan.

No comments: